Penyenaraian sebagai calon lima terbaik Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018 membuat Goh Jin Wei semakin membara untuk mencetuskan sensasi dalam Kejohanan Masters Malaysia yang akan bermula Selasa ini.
Jin Wei, yang juga juara remaja dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018, tidak menyangka akan berada dalam kalangan atlet elit bagi AJNA edisi kedua ini.
Dia tersenarai bersama jaguh berbasikal trek, Azizulhasni Awang, raja boling tenpin, Rafiq Ismail, ikon bina badan, Syarul Azman Mahen Abdullah dan wira olahraga para, Ridzuan Puzi.
"Saya amat berbangga dan tidak menyangka untuk tersenarai sebagai lima atlet terbaik.
"Calon-calon lain yang tersenarai merupakan atlet senior yang sukar untuk diatasi.
"Kesemua calon mempunyai kekuatan masing-masing," katanya.
Jin Wei berpandangan dia kini memiliki suntikan motivasi tambahan untuk meyakinkan peminat sukan tempatan bahawa dia layak diangkat sebagai Jagoan Nadi Arena.
Undian AJNA akan berlangsung sehingga Jumaat depan, seiring dengan Masters Malaysia yang akan bermula tiga hari lebih awal.
"Persiapan setakat ini amat baik.
"Keadaan fizikal saya juga semakin baik.
"Saya berharap untuk mencapai prestasi terbaik dalam Masters Malaysia nanti," tambahnya.