STL
Wan Mohd Husni kekal pimpin PESTAN
Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTAN), Wan Mohd Husni Abdullah, menzahirkan ucapan penghargaan buat semua ahli gabungan yang kekal menaruh kepercayaan penuh kepadanya bagi pimpin badan induk itu untuk penggal ketiga berturut-turut.
Jelas Wan Mohd Husni, yang juga Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), masih banyak kerja rumah yang perlu dilaksanakan terutamanya dalam merealisasikan hasrat menamatkan kemarau 30 tahun Negeri Sembilan untuk meraih pingat emas Sukma selepas kali terakhir melakukannya edisi 1996.
Selain itu, dia turut menegaskan tumpuan pestan adalah untuk memastikan kestabilan skuad senior Negeri Sembilan Antlers sekaligus kekalkan status mereka selaku antara kuasa besar sukan sepak takraw domestik.
Iklan
Untuk rekod, sejak memimpin PESTAN pada 2015, Negeri Sembilan Antlers telah mengecapi beberapa kejayaan antaranya muncul juara STL Divisyen 1 edisi 2018 serta dua kali berturut-turut juara STL Champions Cup edisi 2023 dan 2024.
Must-Watch Video