Skip to main content

Sepak Takraw

Undian CelcomDigi STL: Jodoh Perak Bison-Selangor Pistons berterusan dalam GP Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

keputusan-undian-celcomdigi-stl.jpg
Dengan rekod juara tiga kali CelcomDigi Sepak Takraw League (STL), Penang Black Panthers, diundi dalam Kumpulan A dan mengisi dua lagi slot adalah dua kumpulan yang bagaikan tidak boleh dipisahkan musim lalu iaitu naib juara, Perak Bison dan Selangor Pistons, menjelang Grand Prix (GP) Terengganu di Stadium Gong Badak, bermula Selasa depan. 

Kumpulan B pula dihuni oleh juara Champions Cup 2024 iaitu Negeri Sembilan Antlers dan menanti mereka adalah tuan rumah GP pertama musim ini, Terengganu Turtles, yang baru saja mengumumkan pemain import baru, Kittipong Jaiboon. 

Kumpulan ini juga akan dilengkapi oleh muka baru daripada divisyen 1, Melaka Titans.




Sebuah lagi pasukan dari selatan iaitu Johor Tigris akan berentap bersama-sama dengan dua pasukan beruniform iaitu Bomba Fighters dan PDRM Defenders dalam Kumpulan C.

Dan kumpulan terakhir iaitu Kumpulan D akan dihuni oleh juara STL 2024 dan finalis Champions Cup edisi lalu, Kuala Lumpur Thunder, selain ATM Guardians dan juga Kelantan Warriors.
 

Advertisement

Must Watch Video