STL
STL: MOM jamin tempat atlet dalam Sukan SEA, Sukan Asia
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam program Nadi Khas hari ini mengesahkan status penyertaan pemain negara ke Sukan SEA Hanoi atau Sukan Asia Hangzhu, tahun depan, tidak terjejas jika menyertai Liga Sepak Takraw (STL) 2022.
Minggu lalu, Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengingatkan pemain dari Thailand supaya tidak menyertai STL anjuran Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
Halim berkata PSM sudah disingkirkan sebagai ahli naungan badan induk Asia dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran, pemain boleh dikenakan tindakan disiplin.
Iklan
"Ia tidak akan menjadi masalah. Atlet dan pegawai ini akan bernaung di bawah MOM selagi proses pemilihan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) PSM belum dimuktamadkan.
"Tidak ada impak negatif dalam kontinjen dalam Sukan SEA dan Sukan Asia," kata Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria.
Nada sama disuarakan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pemain import yang bakal mengambil bahagian.
"PSM tidak lagi menjadi gabungan ASTAF, mereka boleh buat (anjur) apa sahaja di negara ini.
"Sesiapa atau pihak dari luar PSM perlu ambil risiko dan tanggungjawab.
"Mereka masih boleh menjalankan apa-apa aktiviti kerana masih merupakan persatuan yang sah di negara ini," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Must-Watch Video