Kelantan Warriors mahu segera melupakan kekalahan 2-0 kepada Johor Tigris, malam tadi dengan menjadikan Melaka Titans sebagai mangsa dalam pusingan kedua Liga Sepak Takraw (STL) di Gem In Mall, Cyberjaya, petang ini.
Namun, pemain Kelantan Warriors diingatkan supaya tidak terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan Melaka Titans biarpun lawan mereka kini berada di dasar liga.
Ketua Jurulatih Kelantan Warriors, Mohd Rozlan Ismail, mahu pemainnya membuang sikap terlalu yakin kerana dalam permainan sepak takraw apa sahaja boleh berlaku.
"Biarpun mereka berada di dasar liga tetapi Melaka Titans perlu dihormati kerana memiliki pemain muda yang baik dan mampu membuat kejutan.
"Kelantan Warriors akan turun dengan semangat yang tinggi dan berazam untuk mencari kemenangan sekaligus kembali mendaki carta liga," katanya.
Ditanya kekuatan yang ada pada Melaka Titans, Rozlan menyifatkan kekuatan servis yang dimiliki tekong kebangsaan, Sahidan Md Ali menjadi tunjang skuad Hang Tuah.
"Begitu juga, kebolehan yang ada pada pelibas muda, Muhammad Asyraaf Zawawi yang banyak memberi masalah kepada pertahanan lawan.
"Melaka Titans yang turun mencari kemenangan kedua pasti memberikan cabaran sengit. Saya jangka pertemuan ini pasti mencabar kepada kami," katanya.
Untuk rekod, Kelantan Warriors berada di tangga keenam liga dengan 10 mata hasil daripada lima kemenangan manakala Melaka Titans terperosok di dasar liga dengan dua mata sahaja.