Skip to main content

Sepak Takraw

STL: Antlers padam kekecewaan atasi Tigris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

antlers.jpg
Negeri Sembilan Antlers bangkit dengan kemenangan ke atas Johor Tigris dalam aksi Liga Sepak Takraw (STL) dalam saingan yang berlangsung di Dewan MBS Seremban, Negeri Sembilan sebentar tadi.

Selepas dikecewakan dengan kekalahan kepada Perak Bison semalam, Antlers mempamerkan permulaan cemerlang dalam perlawanan berdepan Tigris, mengutip mata demi mata sebelum menoktahkan kemenangan 21-15 di set pertama.

Tuan rumah mengekalkan rentak yang konsisten pada permulaan set kedua, bagaimanapun Tigris mengekalkan ketenangan sehingga penghujung permainan sebelum berjaya mengheret permainan set penentuan hasil kemenangan 21-19.

Kedua-dua pasukan sengit saling membalas rejaman serta servis kencang hingga pada satu ketika terikat 13-13, sebelum Antlers menoktahkan kemenangan 21-18.

Advertisement

Must Watch Video