Skip to main content

Sepak Takraw

#INIGELANGGANGKITA semai budaya sepak takraw negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stl.jpg
Program komuniti Liga Sepak Takraw (STL) 2025 menerusi kempen #INIGELANGGANGKITA merupakan satu inisiatif kemasyarakatan Astro Arena dan Astro Kasih, dalam usaha memperkasa sukan sepak takraw di samping mengeratkan hubungan dengan golongan setempat.

Gelangang sepak takraw Taman Mesra, Kajang, Selangor telah dipilih sebagai lokasi bertuah, dengan menyaksikan aktiviti membaik pulih serta mengecat perkarangan telah diadakan dengan penglibatan beberapa personaliti Astro Arena antaranya Razman Roslan, Zaquan Adha Abdul Razak serta pengulas, Wan Khairil Azwa.

Turut hadir memeriahkan suasana ialah, ketua bahagian sukan Astro, Nicholas John, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, serta skuad sepak takraw negara.

 

Perkembangan ini diharapkan mampu memberi suntikan semangat baru kepada komuniti, sekali gus terus berdiri teguh menyokong sukan warisan yang menjadi kebanggaan negara ini.

Advertisement

Must Watch Video