Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Selangor Pistons syukur lepasi halangan suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pistons.jpg
Selangor Pistons melangkah ke separuh akhir Grand Prix Johor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2024 selepas meraih kemenangan bergaya menentang PDRM Defenders di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru,, sebentar tadi.

Meskipun ketinggalan 3-5, skuad kendalian Noor Azman Hamid tetap bersemangat mempamerkan motivasi tinggi apabila kerap merapatkan jurang permainan, sekali gus berjaya mendahului 
13-9 di set pertama.

Hadangan yang dilakukan pemain import, Nonthanan Sombatlay, berhasil memberikan mata penamat 15-11 buat Selangor Pistons berada di hadapan dalam pertembungan aksi suku akhir itu.




PDRM Defenders tampil lebih bertenaga di set kedua tatkala ingin mengikat permainan tetapi keampuhan barisan pemain Selangor Pistons tiada tandingannya apabila sekali lagi berada di mata akhir 14-13.

Ketika mata terikat 15-15, Selangor Pistons menonjolkan permainan berkualiti tinggi untuk menutup aksi dengan kemenangan yang dicari-cari selepas rejaman tekong kebangsaan, Zuhri Zain, membawa pasukannya ke separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video