STL
Emas Anuar STL: Selangor Pistons pastikan tempat di peringkat kalah mati
Selangor Pistons mengesahkan slot ke undian suku akhir Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) Premier dengan kemenangan ke atas Penang Black Panthers.
Namun, Black Panthers tidak memberi jalan mudah dalam pertemuan Grand Prix (GP) Johor, sebentar tadi itu apabila mengekang pencabar mereka tersebut pada awal perlawanan, dan memaksa mereka mengerah keringat demi mengesahkan tempat dalam pusingan lapan pasukan terbaik.
Trio yang terdiri daripada Imran Fazli, Danial Iman dan Idzham Kassim itu mendominasi perlawanan untuk mendahului 5-1.
Iklan
Selangor meraih dua mata di perantaraan permainan sebelum sembilan mata berturut-turut daripada Black Panthers menyaksikan kemenangan set pertama milik mereka 15-3.
Namun, Selangor bangkit dalam set kedua untuk mengancam keampuhan Black Panthers dengan mendahului 5-1.
Tetapi tiada ulangan cerita sebagaimana dalam set pertama dan sedar akan ancaman terhadap kemaraan mereka, Penang mula bekerja keras menghambat kedudukan lawan sebelum dibezakan dua mata sahaja.
Namun, anak buah Noor Azman Abd Hamid itu kekal dengan momentum untuk mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 15-13.
Bermula sengit, kedua-dua pasukan mengasak dalam permulaan set ketiga hingga terikat 3-3.
Tetapi Penang seakan-akan hilang rentak dan kesempatan itu digunakan Pistons untuk menjarakkan kedudukan.
Momentum itu diteruskan sebelum mereka memuktamadkan pertemuan itu 15-6.
Must-Watch Video