500 tiket akan diagihkan secara percuma kepada 500 orang yang terawal bagi menyaksikan aksi penentuan ketiga/keempat dan final GP Johor Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) di Arena Larkin malam ini.

Menerusi sumbangan daripada Presiden Sepak Takraw Malaysia, Datuk Sumali Reduan, 500 orang yang terawal akan menerima tiket percuma untuk menyaksikan aksi final dan penentuan tempat ketiga/keempat.