Penang Black Panthers kembali ke landasan kemenangan dalam pertemuan menentang Bomba Fighters selepas dikecewakan oleh Terengganu Turtles semalam dalam saingan Kumpulan C Grand Prix Terengganu, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL), sebentar tadi.
Pasukan utara Tanah Air itu terlebih dahulu menurunkan Zaim Razali sebagai kapten sambil dibantu oleh Imran Fazli dan perejam import, Komkrit Kaewakhamjan, dilihat mudah memimpin aksi 7-3 dalam set pertama.
Kedudukan seterusnya menjadi 10-6 sebelum Bomba Fighters seperti buntu mengikat permainan apabila membenarkan Penang meraih lima mata berturut-turut 15-6 untuk kemenangan pertama.
Memasuki babak kedua, skuad kendalian Mohd Hirman gagal memanfaatkan kelebihan yang menyaksikan Penang berjaya memintas mata demi mata untuk menutup saingan 15-11.