Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: PDRM Defenders sahkan tempat ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm.jpg
Perlawanan pembukaan suku akhir Grand Prix Terengganu, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2024 menyaksikan PDRM Defenders mencetak kejayaan untuk melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Kelantan Warriors 2-0.

Defenders terpaksa menempuh jalan berliku apabila ketinggalan 6-9 dalam set pertama sebelum jurulatih, Mohd Khalid, membuat keputusan untuk Syahmi Hussin yang menggantikan Hisyamuddin sebagai tekong utama.



Strategi tersebut dilihat berkesan tatkala pasukan PDRM Defenders berjaya memenangi set pertama 17-15, sekali gus mengekalkan penguasaan di set kedua dengan mata akhir 15-10.

Advertisement

Must Watch Video