STL
Emas Anuar STL: KL Thunder tawan GP Terengganu
Kuala Lumpur (KL) Thunder mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut selepas menafikan hajat Terengganu Turtles di pentas final Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier, sebentar tadi.
Dan perhitungan Grand Prix (GP) Terengganu itu semuanya bermula dengan percaturan jurulatih, Rosli Rahman, yang kekal mempertaruhkan khidmat trio separuh akhir yang diketuai tekong, Syahir Rosdi, sambil diapit Sirasak Anuloon dan Azlan Alias.
Namun, kehadiran penyokong tempatan di Stadium Tertutup Gong Badak sedikit menggugupkanTthunder yang tampak bergelut apabila pada awalnya ketinggalan apabila 0-2.
Iklan
Reputasi selaku juara GP Selangor kembali ditampilkan Thunder yang memintas kelebihan Turtles untuk memimpin 7-3 sebelum terus meledak dengan kelebihan 11-4, sekali gus mencatat kemenangan set pertama menerusi keputusan 15-7.
Thunder meneruskan cengkaman dalam set kedua apabila trio yang sama berjaya mengekang hajat Turtles yang terus lesu untuk menyaingi mereka menerusi kelebihan besar 8-3 walaupun pada akhir permainan mengurangkan kepada defisit 7-10.
Enggan permainan diheret ke set penentuan -- trio itu terus mempamerkan bisa bagi mengesahkan kejuaraan kedua musim ini dengan kemenangan 15-11.
Must-Watch Video