Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Kemenangan kian sukar berpisah dengan KL Thunder!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-thunder-terengganu.jpg
Kuala Lumpur Thunder menempuh aksi penuh sengit sebelum merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu Turtles dalam saingan GP Johor Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) sebentar tadi.

Zarif Merican turun selaku tekong utama KL bergandingan bersama Azlan Alias dan Irwan dalam saingan yang berlangsung di Stadium Arena Larkin, Johor. 

Cemerlang dalam set pertama, mereka merakamkan kemenangan 15 -13 sebelum Terengganu mempamerkan kebangkitan set kedua untuk mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan dengan keputusan sama.

KL kembali mengatur langkah dalam setiap percubaan mendapatkan mata, sebelum memastikan kemenangan 15-10 sekaligus meneruskan rentak cemerlang mereka sepanjang musim ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video