Kuala Lumpur Thunder sekali lagi berjaya melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua selepas menewaskan Penang Black Panthers dalam pertemuan separuh akhir, sebentar tadi.
Gandingan pemain kebangsaan, Syahir Rosdi dan Azlan Alias serta ketua pasukan, Sirasak Anuloon, ternyata tiada tandingan untuk mengawal permainan sehingga mudah menudukkan Penang Black Panthers 15-9 di set pertama di Stadium Tertutup Gong Badak.
Skrip sama turut berulang di set kedua apabila juara GP Selangor itu meneruskan rentak kecemerlangan dengan mengungguli mata 9-7 meskipun nyaris dikejar oleh pasukan lawan.
Pertukaran pemain memasukkan Zarif Merican menggantikan Syahir Rosdi sebagai tekong menambah kekuatan skuad bimbingan Rosli Rahman, sekali gus menoktahkan kemenangan bersih straight set untuk mara ke final.
Selepas ini, mereka akan bertemu pasukan tuan rumah, Terengganu Turtles, bagi perebutan juara GP Terengganu yang akan berlangsung malam ini jam 9.30 malam.
Najmi Iman
Sat Sep 28 2024