STL
Emas Anuar STL Divisyen 1: Pasukan pilihan terjerat awal
Kedah Eagles akan berhitung dengan Melaka Titans pada malam esok selepas menyekat hajat Pahang Mammoth dalam Kumpulan B, Divisyen 1 Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22, sebentar tadi.
Dengan kemenangan akan membuka laluan ke separuh akhir, Kedah hanya memerlukan dua set untuk memastikan kejayaan di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Tekong Kedah, Amer Nazirul Farhan, kerap menyumbangkan mata penting dengan tujuh 'ace' berbanding empat oleh lawan.
Iklan
Namun, mereka berdepan tentangan lewat dalam set pertama dengan beberapa rejaman penting oleh kedua-dua pasukan sebelum Kedah kemenangan 23-21.
Pahang agak goyah dalam permainan awal set kedua sebelum bangkit di pertengahan saingan.
Tetapi, beberapa libasan kendur Irwan Shah Rizal Amir Hamzah memberi mata mudah buat Kedah sebelum servis Amer Nazirul menemui sasaran untuk kemenangan 21-13.
Satu lagi pasukan pilihan, Terengganu Turtle, turut menerima kejutan walaupun muncul pendahulu kumpulan semalam.
Kekalahan kepada Pahang dalam perlawanan petang tadi sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan mereka.
Sementara itu, saingan Kumpulan A tidak kurang menariknya apabila Melaka mengiringi KPT-MASUM Knights yang mematahkan sebarang percubaan pasukan muda, SSC Hunter, untuk mencipta kejutan dengan kemenangan 20-22, 21-13-21, 21-11.
Untuk itu, KPT-MASUM akan berdepan Labuan Drillers pada sebelah petang.
Sabah Mounaineers pula mencipta kemenangan 2-0 untuk memadam sebarang peluang PDRM yang garang pada awal saingan bagi mengekalkan kedudukan sebagai dua pasukan teratas.
Must-Watch Video