Penang Black Panthers sekat kebangkitan Selangor Pistons dengan kemenangan 2-1 dalam saingan Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Sofix Nadzri meletakkan Imran Fazli (tekong), Rusdi (perejam) dan Danial Iman Hasbullah (pengumpan). Sementara, Selangor pula diberisi Zuhri Zin (tekong), Jefri Ahmad (pengumpan) dan Ariff Daniel (perejam).
Set pertama berlangsung sengit antara kedua-dua pasukan sehingga terikat 12-12, namun ketajaman rejaman Rusdi mamastikan Penang mendahului dengan kemenangan 15-13.
Begitupun, Selangor bangkit dalam set kedua selepas memperkemaskan kembali momentum untuk mengungguli set kedua 15-6 sekali gus mengheret Penang ke set penentuan.
Set terakhir menyaksikan Penang kembali mendapatkan rentak untuk menewaskan Selangor 15-11 sekali gus meraih dua mata pertama dalam saingan Kumpulan C.
Selangor akan meneruskan saingan peringkat kumpulan berdepan ATM Guardians esok dalam perlawanan kedua sebelah petang.