Kuala Lumpur Thunder bermula langkah kanan selepas menewaskan Bomba Fighters 2-0 dalam Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) 2025 di Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Rosli Rahman mempertaruhkan trio terbaiknya diketuai Amirul Zazwan (pengumpan), Redwan Hakim (perejam) dan Zarif Merican (tekong). Manakala, Bomba dibarisi Harith Aiman (tekong), Nik Afiq (perejam) dan Rusdee Leerem (pengumpan).
Ketajaman Redwan dan Zarif dalam set pertama memacu kemenangan mudah 15-6 skuad Warga Kota untuk memastikan pasukan lawan bergelut sepanjang tempoh 16 minit perlawanan.
Walaupun Bomba cuba bangkit dalam set kedua dengan memperkemaskan corak permainan, namun sukar mengatasi wakil tuan rumah yang lebih dominan itu dan terpaksa akur tewas 10-15.
KL Thunder kini mendahului saingan Kumpulan B dengan dua mata, manakala skuad kendalian Nazrulhisham akan turun esok bertemu Perak Bison.