Skip to main content

Sepak Takraw

ACL2: Selangor dalam Kumpulan H bersama Jeonbuk Hyundai, Muangthong United, Cebu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Menjelang saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) Zon Timur, menyaksikan Selangor diundi dalam Kumpulan H bersama Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Muangthong United (Thailand) dan Dynamic Herb Cebu (Filipina). 

Majlis Undian yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur itu akan membuka tirai secara rasmi pada 17 September hingga 5 Disember depan bagi aksi peringakat kumpulan.





Antara kelab yang mencuri tumpuan adalah pasukan Dynamic Herb Cebu yang merupakan naib juara Liga Filipina musim lalu selain wakil dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors yang semestinya akan memberikan saingan sengit buat kelab dari Lembah Klang itu.

Untuk rekod, setiap pasukan akan melalui format 'home and away' dengan juara serta naib juara setiap kumpulan akan layak secara rasmi ke pusingan kalah mati.

Advertisement

Must Watch Video