Skip to main content

Rencana

Zaidatul Husniah & tahun baru 2019!

zaidatul-husniah_2.jpg
Sudah lama tidak mendengar perkhabaran daripada ratu trek negara Zaidatul Husniah Zulkifli selepas berakhir Sukan Asia Indonesia tempoh hari. 

Apa tidaknya, selepas tamat Sukan Asia, tiada lagi kejohanan kompetitif luar negara untuknya selain hanya fokus kepada sesi latihan sahaja. 

Penulis sempat bertemu dengan pelari berusia 25 tahun ini ketika sesi latihannya di Majlis Sukan Negara, MSN pada Rabu. 

Masih lagi menjalankan latihan seperti biasa di bawah kendalian jurulatih, M.Balamurugan, Zaidatul kini fokus kepada pemantapan fizikal dan teknik larian yang lebih baik berbanding apa yang telah dilakukan pada tahun 2018.

Nyata, dia masih tidak berpuas hati sepanjang saingan pada tahun ini selain apa yang boleh dibanggakan adalah ketika berjaya melangkah ke aksi separuh akhir Sukan Komanwel Gold Coast 2018 selepas 20 tahun tiada atlet yang mampu berbuat demikian. 

Cuma apa yang paling ditekankan adalah ketika dia tidak lagi menjadi pemegang rekod kebangsaan 100 meter dengan catatan 11.45 saat yang dilakukan tidak diiktiraf secara rasmi. 

Sering kali menjadi satu-satunya pelari pecut wanita yang diletakkan sandaran tinggi menjadikan Zaidatul terlalu ingin lakukan yang terbaik di samping cuba sekali lagi untuk mencatat masa lebih pantas sekali gus mampu atasi rekod kebangsaan 11.50 saat milik G.Shanti. 

Namun, ia masih tidak kesampaian dek kerana tekanan yang sedikit sebanyak menghimpit diri. 

Tahun 2019 nyata ingin dijadikan lembaran baru buat Zaidatul apabila baki dua bulan sahaja lagi pada tahun 2018 ini ingin diisi dengan latihan lebih konsisten bagi perbaiki segala kelemahan. 

Apa yang lebih penting adalah kematangan diri untuk lebih bijak hadapi sebarang tekanan dan situasi agar apa yang diimpikan pada tahun hadapan mampu dicapai. 


Goodluck Adeq ! 

Advertisement

Must Watch Video