Pengendali sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, menafikan bahawa beliau hanya menumpukan kepada corak permainan menyerang selepas kemenangan yang dicapai United ke atas Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari terakhir buat tahun 2018.
Dalam pertembungan yang tampak menyebelahi United itu, dibuktikan dengan tiga jaringan di babak pertama oleh United yang menampilkan dua sumbangan gol dari Paul Pogba dan satu jaringan menerusi Marcus Rashford. Bournemouth cuba mengejar dan Nathan Ake menyumbang satu jaringan ketika permainan menuju ke masa penamat dalam babak pertama.
Ketika ramai yang berpendapat Solskjaer hanya menggunakan corak bola sepak menyerang, beliau menekankan apa yang penting sebenarnya adalah bagaimana sesebuah pasukan bertahan dan menguatkan benteng pertahanan agar tidak bolos. “Sesi latihan yang kami jalani sangat baik daripada segi tempo dan ketajaman. Namun, kami akan memperbaikinya dalam misi permainan tanpa bolos," jelas Solskjaer.
Dalam babak kedua ketika permainan berkedudukan 3-1, Romelu Lukaku masuk ke padang dengan langkah kanan apabila dua minit sejurus beraksi, beliau menemui jaringan apabila menyambut baik hantaran Paul Pogba. Namun, tujuh minit kemudian, Eric Bailly dilayangkan kad merah atas kesalahan terhadap pemain tengah, Ryan Fraser.
Pogba yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan tidak lagi terikat dengan posisi tengah apabila aksinya di dalam kotak penalti mencipta dimensi baru dalam corak serangan Manchester United. Di bawah kendalian Solskjaer, Pogba telah menyumbang dalam enam gol iaitu empat jaringan dan dua bantuan.