Jika dibandingkan nama Adama Traore dengan barisan bintang di bahagian sayap Manchester City, sememangnya jauh untuk dibuat perbandingan.
Siapalah Traore, bekas produk akademi Barcelona yang hanya melakukan satu penampilan bersama skuad senior, berbanding nama besar di bawah kendalian Pep Guardiola itu seperti Raheem Sterling, Riyad Mahrez dan Bernardo Silva.
Tetapi Traorelah yang menjadi duri dalam daging buat juara dua kali berturut-turut Liga Perdana Inggeris itu musim ini.
Oktober lalu, dia muncul pemusnah buat City di Etihad apabila dua amukannya membolehkan Wolves mencatat kemenangan 2-0 dan dalam masa sama, ia merupakan perlawanan pertama di mana Citizens gagal menjaringkan gol di laman sendiri sejak Mei 2018.
Kemenangan itu juga merupakan tiga mata pertama buat Wolves ke atas City di tempat lawan dalam tempoh 40 tahun selepas kali pertama melakukannya pada 1979.
Terbaru, Traore sekali lagi muncul watak pemusnah buat City.
Aksi awal pagi tadi memperlihatkan semangat enggan mengalah yang ditampilkan Traore dan rakan sepasukannya apabila bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 di Molineux.
Malah, Traore sendiri menjaringkan gol pertama pasukannya sebelum membuka ruang buat Raul Jimenez menyamakan kedudukan, memadamkan kelebihan dua gol yang disumbangkan Raheem Sterling sebelum itu.
Jelas sekali, Wolves bukan nama besar yang menjadi pilihan mengisi kelompok empat teratas Liga Inggeris setiap musim tetapi nama Adama Traore sudah pasti akan dikenang oleh Guardiola dan anak buahnya, sekurang-kurangnya untuk semusim.
Editor: Muzaffar Musa