Skip to main content

Rencana

Tiada jodoh, terima kasih Datuk Ong Kim Swee

kimswee.jpg
Selaku wakil badan induk dalam sukan bola sepak, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, semestinya melahirkan perasaan kecewa.

Ia tidak dapat dielak, tiada bezanya dengan perasaan penyokong bola sepak tempatan apatah lagi selepas keputusan hambar skuad B22 tahun negara dalam Sukan SEA Filipina 2019, yang gagal melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pusingan separuh akhir meskipun dianggap berada dalam laluan mudah diundi bersama pasukan Timor Leste, Myanmar, Filipina dan Kemboja.

Susulan itu, FAM menerusi Stuart semalam mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad B22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung.

Ini merupakan kegagalan kedua Kim Swee dalam membawa Malaysia mara ke separuh akhir sepanjang lima edisi Sukan SEA, selain turut gagal membawa mereka layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC pada awal tahun lalu.  

"Bagaimanapun bakal ada tempat buatnya dalam badan induk ini, pengalamannya bersama FAM pasti akan bantu peningkatan prestasi semasa pasukan bola sepak negara setelah hampir 10 tahun berkhidmat. Cuma mungkin bukan di atas padang lagi," kata Stuart.

Bukannya tiada perubahan yang dibawa Kim Swee, namun perlu ada laluan positif seperti prestasi yang ditonjolkan skuad senior negara kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini. Dengan itu, penglibatannya dengan FAM akan dibincang dengan lebih lanjut bersama jawatankuasa pengurusan pasukan kebangsaan untuk memastikan pengalaman dan aspek positif boleh diterapkan oleh pengendali berpengalaman ini.

Advertisement

Must Watch Video