Skip to main content

Rencana

Terima kasih Jack Na!

loh-jack-chang.jpg
"Atlet datang dan pergi tapi saya tetap di sini".

Itu antara perbualan saya dengan bekas jaguh wushu negara, Loh Jack Chang, pada hari terakhir di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Dia tamat kontrak sebagai atlet kebangsaan pada 31 Disember selepas 14 tahun mewakili negara dengan muncul sebagai juara dunia 2015 acara taijijian.

Realitinya, kami meningkat tua bersama-sama kerana karier saya berkembang hampir seiring dengan pengalaman Jack Chang sebagai atlet negara. 

Namun, kini dia melangkah pergi dengan meneroka cabaran baru sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat swasta.

"Saya akan sentiasa memantau perkembangan skuad wushu negara. Sukan ini sudah jadi darah daging saya, televisyen dan telefon bimbit kan ada," kata Jack Chang.

Dia kemudian memuat naik gambar di laman sosial dengan kapsyen: "Terima kasih Astro Arena untuk temubual terakhir saya sebagai atlet negara".

Dua hari kemudian, seorang lagi atlet senior, Diana Bong menghubungi saya.

"Saya fikir sudah tiba masa untuk mencuba sesuatu yang baru. Saya akan bersara," katanya.

Situasi ini berbeza kerana Diana sebelum ini tidak pernah membayangkan hasrat bersara berbanding Jack Chang.

Advertisement

Must Watch Video