Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 kini memasuki pusingan separuh akhir di mana pasukan negara kali ini menghadapi tugasan yang lebih getir apabila perlu melayan kunjungan Thailand dalam separuh akhir pertama esok.
Di atas kertas, Thailand diletakkan sebagai pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut, namun begitu skuad Harimau Malaya tetap memiliki kemampuan mencipta kejutan di hadapan penyokong sendiri.
Difahamkan juga tiket perlawanan separuh akhir seperti pisang goreng panas apabila dilaporkan sebanyak 80,000 tiket sudah habis dijual dengan 40,000 tiket yang dijual di atas talian habis dalam tempoh 48 jam sahaja. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong negara pastinya akan membakar semangat skuad Harimau Malaya dan mampu memberikan motivasi tinggi kepada pemain.
Anak buah Tan Cheng Hoe pastinya ada sedikit kesukaran berdepan Thailand kerana mereka adalah pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini. Walaupun mereka tidak membariskan nama-nama seperti Teerasil Dangda, Charyl Chappuis dan Chanatihip Songkrasin ,Thailand tetap memiliki kualiti pemain yang baik dan ia dibuktikan apabila prestasi terkini mereka yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan.
Pasukan negara seharusnya berwaspada dengan corak permainan pantas yang ditunjukkan Thailand dengan memberi perhatian penuh terhadap penyerang mereka Andisak Kraison yang setakat ini telah meledak lapan gol untuk skuad Gajah Perang itu.
Pemerhati bola sepak negara tetap yakin Malaysia mampu mencipta kejutan dengan beranggapan tiada apa yang mustahil dalam dunia bola sepak jika dinilai dengan prestasi pasukan negara yang menunjukkan peningkatan yang sangat positif. Ia juga ditambah dengan kemenangan ke atas Myanmar baru-baru ini memberi keyakinan dan motivasi kepada seluruh pasukan. Skuad negara juga diberi kelebihan bermain di laman sendiri terlebih dahulu dan ia sepatutnya digunakan sebaik mungkin untuk membawa bekalan selesa ke Bangkok kelak.
Kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand adalah pada final edisi 2014 menyaksikan Malaysia menang 3-2 namun gagal menjulang piala berikutan keputusan agregat 4-3 memihak pasukan Thailand.
Dalam rekod 10 pertemuan terakhir mereka sebelum ini, Malaysia hanya berjaya menewaskan Thailand sebanyak dua kali,seri dua kali diikuti tewas sebanyak enam kali.
Kredit foto: FAMalaysiaOfficial