Skip to main content

Rencana

Subkhiddin out, Dali in

dali_1.jpg
Bekas pengadil paling popular di tanah air, Subkhiddin Salleh, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya melepaskan jawatannya atas alasan mahu memberi keutamaan kepada keluarga dan beberapa perkara lain.

Hal ini didedahkan akhbar tempatan yang melaporkan ia adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dilakukan memandangkan bidang pengadilan sudah sebati dengan Subkhiddin Salleh.

Keputusan meletak jawatan dalam semua jawatan yang disandang dalam FAM diambil berikutan prestasi teruk pengadil dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 pada bulan lalu, iaitu Suresh Jayaraman yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada beliau dan keluarganya. 

Selain beliau, ahli keluarganya turut dikecam hebat netizen yang tidak berpuas hati dengan corak pengadilan dalam perlawanan akhir itu.

Bagaimanapun, Subkhiddin tetap berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat bersama FAM. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada penggantinya pada masa akan datang.

Dalam masa sama, Md Dali Wahid menghargai kepercayaan yang diberikan badan tertinggi FAM kepadanya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Subkhiddin Salleh. 

Md Dali Wahid turut memegang jawatan timbalan pengerusi jawatankuasa status dan memiliki lesen kejurulatihan kelas A akan berusaha mengingkatkan kualiti pengadil tempatan agar mampu pergi ke peringkat lebih tinggi seperti Piala Dunia.

Selaku antara orang paling berpengaruh dalam arena pengadilan bola sepak negara, penulis berharap pemergian Subkhiddin Salleh secara rasmi ini mampu diterima secara positif oleh pihak pengurusan pengadilan dan penulis juga berharap penambahbaikan dapat dilakukan segera bagi mengembalikan kepercayaan peminat terhadap mutu pengadilan di negara ini.
 

Advertisement

Must Watch Video