Skip to main content

Rencana

Siapa yang patut?

gareth-bale-cropped_ppah8lg9ahzu18cb4h4dx04pi.jpg

Oleh Intan Nor Saina

Siapa yang patut?

Advertisement

Gareth Bale atau Antoine Griezmann? Itulah nama yang sedang berlegar-legar di fikiran pengendali Manchester United, Jose Mourinho, yang berminat untuk membawa masuk salah seorang daripada mereka pada jendela perpindahan akan datang.

Menurut laporan, Mourinho telah memperuntukkan posisi penyerang sebagai salah satu yang perlu dikuatkan.

Bagaimanapun, tugas  untuk memujuk mereka ke Old Trafford mungkin menghadapi kesulitan apabila kedua- duanya enggan keluar daripada pasukan sedia ada.

Griezmann menegaskan bahawa dia tidak mahu meninggalkan kelabnya, Atletico Madrid, manakala Bale tetap teguh dengan pendiriannya untuk kekal bersama Real Madrid walaupun kelab itu kelihatan terbuka untuk menjualnya.

Ini adalah kerana kedua- dua bintang ini berasakan mereka sedang melalui saat-saat kemuncak kerjaya mereka sebagai bintang bola sepak ternama.

Bale, 28, telah bersama Real Madrid selama empat tahun setelah meninggalkan Liga Perdana dengan memecahkan rekod perpindahan termahal ketika itu dengan harga  85 juta pound dari Tottenham Hotspur.

Pada ketika ini, Bale dikaitkan dengan kepulangan ke England, dengan United menganggap destinasi paling sesuai sekiranya dia keluar dari Real Madrid.

Khabar angin kepulangannya ke Liga Perdana bertiup kencang apabila Real menyatakan  Bale boleh dikorbankan untuk mengumpul dana bagi mendapatkan pemain muda Monaco yang berusia 18 tahun, Kylian Mbappe.

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, menyasarkan pemain remaja sensasi itu bagi memperkuatkan barisan hadapannya.

Must Watch Video