Skip to main content

Rencana

Selamat kembali 'Orang Besi'

dickson-nwakaeme.jpg
"Jika saya kembali ke kancah Liga Super, ia hanya untuk Pahang".

Itu kenyataan yang pernah dikeluarkan pemain import yang pernah mewarnai Liga Malaysia satu ketika dulu yang turut menerima jolokan orang besi.

Selepas tiga tahun, Orang Besi ini mengotakan janjinya, kembali ke Malaysia dengan hasrat ingin memperkuatkan lagi persediaan Pahang menjelang pembukaan musim 2019, bermula 1 Febuari depan.

Dickson Nwakaeme selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10 malam pada Khamis, 17 Januari 2019.

Wakil Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sendiri menjemput Nwakaeme di KLIA untuk di bawa ke Kuantan bagi menjalani proses menandatangani kontrak semusim dengan skuad Tok Gajah menerusi persetujuan bayaran lebih rendah dari kemunculan pemain itu bersama Pahang sebelum ini.

Selepas tiga tahun meninggalkan Malaysia, khidmat pemain ini kembali ditagih bersama dengan perancangan baru Dollah Salleh yang turut mendapatkan khidmat pemain muda dari Indonesia, Saddil Ramdani, dan bekas pemain Everton, Herold Goulon, dari Perancis memperkuatkan bahagian pertahanan selain tambahan dua penyerang import yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Pahang terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat bekas import Kedah, Liridon Krasniqi, yang beralih perhatian pada saat akhir kepada pasukan selatan tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT).

Nwakaeme akan turun menjalani latihan bersama Pahang bermula hari ini. 

Advertisement

Must Watch Video