Dua hari menjelang sambutan Krismas di seluruh dunia, namun ia tiba awal di Parc Des Princes, Paris awal pagi tadi.
Menerusi satu potongan video yang diterbitkan PSGtalk.com, seorang peminat cilik dilihat mencerobohi kawasan padang pada minit ke-90 perlawanan di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Amiens, yang dimenangi PSG 4-1.
Kanak-kanak dengan jaket hitam dan bertopi Krismas itu meluru ke arah bintang pasukan berkenaan, Kylian Mbappe, dan memeluknya.
Mbappe, yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 Jumaat lalu, kemudian membalas pelukan itu dengan mesra sambil menghalang pihak keselamatan daripada mengapa-apakan mereka.
Sambil dipeluk Mbappe ke tepi padang, peminat cilik itu mengeluarkan sebuah buku dan pen dari jaketnya untuk ditandatangani Mbappe.
Dengan tangis dan terharu, kanak-kanak itu keluar dari kawasan padang dengan buku yang sudah ditandatangani sambil menerima pelukan terakhir daripada idolanya itu.
Menurut laman sesawang itu lagi, perlawanan berkenaan turut dihadiri seramai 240 kanak-kanak daripada Yayasan Paris Saint-Germain tetapi masih tidak dapat dipastikan sama ada peminat yang melepasi kawalan keselamatan itu daripada yayasan berkenaan ataupun tidak.
Apa yang pasti, Mbappe telah memberikan hadiah Krismas terindah buat peminatnya itu.