Skip to main content

Rencana

Rezeki kami beraksi bersama

aidil-zaquan.jpg
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Harimau Malaya mungkin pada kembar, Aidil Zafuan Abdul Radzak, dan adiknya, Zaquan Adha, kembali beraksi bersama selepas sekian lama.

Untuk Piala AFF 2018, ini kali kedua mereka beraksi bersama selepas kali terakhir pada 2008, iaitu 10 tahun yang lalu.

Ketika itu, Aidil dan Zaquan tampil selaku pemain muda dalam skuad bimbingan B. Sathianathan bersama Amirul Hadi Zainal dan Asrarudin Putra Omar sementara Shukor Adan, Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Norhafiz Zamani Misbah dan Juzaili Samion merupakan tonggak senior skuad kebangsaan.

Saya sempat jumpa pasangan kembar ini sebelum mereka berangkat ke Phnom Penh untuk membuka kempen Piala Suzuki AFF 2018 menentang Kemboja Khamis ini.

Apa yang saya paling ingin tahu, apa perasaan mereka dapat beraksi bersama selepas sekian lama kerana sejak bermain bola sejak usia kecil, mereka ini sukar dipisahkan.

Dah nama pun kembarkan. Mana saja mereka pergi mesti bersama-sama. Zaquan mengakui peluang mereka beraksi bersama dalam skuad kebangsaan kini adalah rezeki mereka berdua.

Menurut Zaquan, hasrat itu sebelum ini tidak kesampaian kerana beberapa faktor, antaranya dihimpit dengan kecederaan.

Justeru, Zaquan berharap peluang beraksi bersama kali ini dapat meninggalkan kenangan manis dengan membantu skuad negara mencapai kejayaan.

Menariknya kali ini, Zaquan memikul tanggungjawab besar selaku kapten untuk misi Harimau Malaya akhiri penantian lapan tahun meraih kejuaraan Piala AFF.

Advertisement

Must Watch Video