Skip to main content

Rencana

Rashford, Martial, Pengadil buat Guardiola marah

pep.jpg
Pertemuan musuh setempat di Stadium Etihad di antara Manchester City yang menerima kunjungan Manchester United menyaksikan keputusan perlawanan berpihak kepada The Red Devils.

Anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer bijak memanfaatkan kekurangan jentera pertahanan The Citizens yang pincang akibat kecederaan. Dua gol pada babak pertama hadir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Marcus Rashford selepas beliau dikasari Bernardo Silva, manakala satu lagi gol adalah hasil gerakan cantik Daniel James dan Anthony Martial yang bijak menggunakan ruang sempit untuk menewaskan Ederson Maraes.

Selepas ketinggalan dua gol, barulah corak permainan Manchester City berubah dengan mereka melancarkan serangan bertali arus yang memaksa barisan pertahanan United (Maguire-Lindelof-Bissaka-Shaw)  tidak senang duduk. Walaubagaimanapun, ketenangan gandingan empat pemain itu wajar diberikan pujian kerana begitu fokus menangkis serangan, selain bantuan cemerlang dari Scoot McTominay & Fred. Jentera serangan City dilihat sukar menembusi kubu United dengan pergerakan Raheem Sterling dan Bernardo Silva dikawal ketat.

Aksi David Silva dan rakan-rakannya turut kurang bernasib baik apabila tidak berjaya mendapatkan sepakan penalti biarpun beberapa kali bola terkena tangan pemain United di dalam kotak penalti dan kemasukan Riyad Mahrez memberikan sedikit kesan positif apabila sepakan penjuru yang diambil berjaya diterjemahkan dengan jaringan oleh Nicolas Otamendi.

Ini merupakan minggu terbaik buat United selepas berjaya menumbangkan Tottenham Hotspurs minggu lalu, dan kemenangan ke atas City ini melonjakkan mereka ke tangga kelima liga yang sekaligus memberikan mereka tonik terbaik selepas beraksi hambar dalam beberapa perlawanan terdahulu. OGS pastinya lega dengan prestasi anak-anak buahnya dikala seorang lagi pemain bintang, Paul Pogba turut hampir pulih dari kecederaan.

Bagi Pep Guardiola, ini merupakan musim terburuk dalam kariernya selepas 16 perlawanan selepas sekadar mengutip 32 mata, dan tekanan pastinya memuncak apatah lagi Liverpool terus mengorak langkah selepas menang besar ke atas Burnemouth. Kecederaan beberapa pemain pertahanan begitu dirasai. Sebagai contoh dalam aksi bertemu United, beliau terpaksa menggunakan khidmat pemain seperti Angelino di bahagian kiri yang dilihat mudah beberapa ditewaskan Daniel James.

Dalam pada, itu, Jose Mourinho turut meraih kemenangan bersama Tottenham Hotspur spabila membelasah Burnley 5-0.

Advertisement

Must Watch Video