Pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe sudah pun memilih skuad akhir 23 pemain ke Piala Suzuki AFF 2018 selepas aksi persahabatan berdepan Maldives Sabtu lalu.
Bagi penulis, ia adalah barisan seimbang namun ketiadaan pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih dalam senarai akhir sedikit mengejutkan.
Turut tersisih daripada senarai akhir ialah bek kanan Johor Darul Takzim (JDT), Azrif Nasrulhaq dan pemain tengah Sabah, Azizan Nordin.
Namun, penulis sebenarnya sedikit risau dengan posisi tengah dan juga bek kanan skuad negara.
Tanpa Azam, penulis tidak nampak tiga pemain tengah yang disenaraikan iaitu Syamer Kutty Abba, Akram Mahinan dan Kenny Pallrai mampu memainkan peranan sebagai perancang utama.
Ketiga-tiga mereka memiliki permain selaku seorang pemain tengah bertahan atau box-box midfelder.
Di posisi bek kanan, dengan ketiadaan Matt Daives kerana kecederaan dan Rizal Ghazali yang tidak dipanggil, pemain Selangor Syahmi Safari dan pemain Perak, Amirul Azhan Aznan dijangka merebut posisi itu.
Tidak dinafikan Syami dan Amirul pemain berkualiti, namun mereka perlu tampil konsisten dalam empat aksi peringkat kumpulan untuk memastikan benteng negara cukup ampuh ke separuh akhir.
Tanpa seorang pemain tengah yang mampu bertindak selaku perancang kreatif, penulis menjangka Cheng Hoe untuk menerapkan formasi 4-2-3-1 dengan keutamaan serangan di bahagian sayap.
Penulis berkata demikian keran skuad negara tampak memiliki kualiti di bahagian tersebut dengan Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Shahrel Fikri Md Fauzi akan bersaing merebut tempat.
Skuad negara juga tampak memiliki keseimbangan di posisi penyerang utama, bek tengah dan penjaga gol.
Apa pun, sudah pasti kita mengharapkan yang terbaik daripda barisan negara kali ini di saingan Piala Suzuki.
Selepas gagal ke separuh akhir pada edisi 2016, penulis menjangkakan barisan kali tampak lebih ampuh untuk mara lebih jauh.
Sebelum ini, Cheng Hoe turut mengatakan mengapa pemain seperi Azam tersisih adalah kerana kecederaan yang mereka alami.