Selepas hampir tiga bulan terpaksa direhatkan kerana cedera buku lali, bintang Perancis Paul Pogba akhirnya melakukan penampilan ketika Manchester United tewas 2-0 di tangan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Watford.
Tonggak Les Bleus itu masuk di babak kedua tetapi tidak berjaya untuk mengelak kekalahan kali kelima anak buah Ole Gunnar Solskjaer musim ini.
Namun, pemain yang pernah berkelana di Juventus selepas mencipta rekod dunia berjumlah 89 juta pound untuk kembali ke Old Trafford itu sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan keluar.
Tidak dinafikan bahawa Zinedine Zidane mahukan khidmatnya di Real Madrid tetapi Daily Mail melaporkan Pogba bakal pulang ke Itali untuk sekali lagi menyarung jersi The Old Lady, bulan depan.
Pogba dikatakan semakin terdesak untuk meninggalkan United terutama selepas gagal ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dan kali ini, perpindahan pemain tengah itu dikatakan akan melibatkan yuran 52 juta pound berserta bekas pemain Liverpool, Emre Can, yang kecewa gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Juve.
Bagaimanapun, minggu lalu Solskjaer menegaskan Pogba tidak akan meninggalkan kem Red Devils Januari ini tetapi segalanya boleh berlaku.
Lebih-lebih lagi selepas tersebar video dia sedang bermain bola keranjang di Amerika Syarikat pada bulan lalu walaupun kem United bertegas pemain tengah itu sedang dalam proses pemulihan kecederaan buku lali.
Menguatkan lagi spekulasi itu, Can telah pun diketepikan oleh pengurus Juve, Maurizio Sarri, dalam skuad Liga Juara-Juara Eropah sekali gus meningkatkan kemungkinan pemain Jerman itu mahu segera keluar dari Itali.