Skip to main content

Rencana

Pertembungan gergasi hangatkan Euro 2020

euro-2020-trofi_1.jpg
Tatkala Didier Deschamps mendapati Perancis diundi dalam Kumpulan F, dia pantas menoleh dan tercari-cari rakan sejawatannya di Jerman, Joachim Low, sambil tergelak kecil.

Namun, senyuman terukir di wajah Low sebaik kamera mengalihkan perhatian.



Cuma, sebaik nama Portugal pula naik dalam kumpulan yang sama, masing-masing baik Deschamps, Low mahupun pengendali juara bertahan edisi 2016 itu, Fernando Santos, tergelak kecil kerana barangkali mengenangkan cabaran besar untuk mara ke peringkat kalah mati dalam kempen yang akan bermula 12 Jun tahun depan.

Kejohanan pada musim panas itu akan bermula di Rome, Itali dan akan beraksi di Wembley, England sambil pertemuan separuh akhir juga akan diadakan di sana berikutan statusnya selaku stadium terbesar antara 12 venue yang terpilih.

Edisi kali ini melibatkan 12 negara -- termasuk Allianz Arena (Jerman), Stadium Olympic (Azerbaijian), Stadium Krestovsky (Russia), Arena Puskas (Hungary), Arena Naționala (Romania), Arena Johan Cruyff (Belanda), Stadio San Memes (Sepanyol), Hampden Park (Scotland), Stadium Aviva (Scotland) dan Stadium Parken (Denmark)-- sebagai simbolik penganjurannya yang ke-60 tahun.

Lebih menarik lagi, Euro 2020 akan kembali dirancakkan dengan pasukan yang mempunyai tradisi di pentas Eropah, iaitu Belanda dan Denmark.



Malah, beberapa pasukan gergasi seperti Itali, Sepanyol dan England memperlihatkan keupayaan awal.

Bagaimanapun, menjelang sepak mula enam bulan lagi, bermacam-macam boleh berlaku, antaranya kecederaan dan pergolakan dalaman pasukan. 

Advertisement

Must Watch Video