Saingan liga tempatan akan membuka tirainya pada 1 Februari nanti dan kini pasukan-pasukan yang bertanding sudah mula memperkuatkan pasukan dengan kemasukan pemain-pemain baru.
Pada musim perpindahan pemain kali ini, paling mencuri tumpuan penulis sudah tentu melibatkan ubi muda Kedah, Akhyar Rashid yang masih belum menemui jalan penyelesaian. Terbaru, pertahanan kiri kebangsaan, Syazwan Andik pula dikhabarkan sedang diintai pasukan The Red Giants, namun sama ada FAS ataupun KLFA, kedua-dua negeri berjiran ini masih lagi professional dalam menjalankan urusan tanpa menggunakan pintu belakang.
Sepanjang kesemua pasukan melakukan persiapan sebelum bermula liga, penulis sering kali melihat nama pasukan Singa Utara, Perlis kerap kali menjadi topik ataupun tajuk akhbar di bahagian sukan. Bermula dengan kemasukan otai-otai lama seperti Safee Sali dan Badhri Radzi, kemudian disusuli gossip mereka mahu mendapatkan Akhyar Rashid. Terbaru, mereka berhasrat mahu mendapatkan khidmat Tan Cheng Hoe andai FAM tidak mahu menyambung kontrak pengendali itu, selain turut mahu membawa masuk Liridon Krasniqi ke dalam skuad Singa Utara. Pada pendapat penulis, pihak pengurusan Perlis bijak menggunakan media untuk menaikkan semula nama Perlis selepas sekian lama dipinggirkan akibat kemerosotan prestasi, dan gosip-gosip seperti ini sedikit sebanyak membantu peminat untuk kembali mengingati pasukan Perlis.
Di peringkat antarabangsa pula, pasukan Chelsea dikatakan hampir pasti membawa masuk Gonzalo Higuain selepas The Blues ketandusan pemain penyerang prolifik. Dalam masa sama, pengendali Chelsea, Maurizio Sarri pernah bekerjasama bersama Higuain sewaktu di Napoli dimana pemain antarabangsa Argentina itu meledakkan 36 gol pada musim 2015/2016.
Siapa masih ingat Benjamin Pavard? Pemain pertahanan Perancis yang meledakkan gol cantik di Piala Dunia berdepan pasukan Argentina. Pavard dikhabarkan akan menyertai Bayern Munich dengan kontrak selama lima tahun. Pemain berusia 22 tahun itu kini masih bersama VFB Stuttgart dan hanya akan menyertai Bayern Munich bemula musim hadapan.
Selain itu, antara gosip yang mendapat tumpuan ramai minggu ini adalah berkenaan Manchester United yang mahu membeli pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly, selain rundingan penyambungan kontrak melibatkan Ander Herrera. Real Madrid pula dilaporkan mahu mendapatkan Eden Hazard dan Cristian Eriksen bagi memulihkan semula persembahan mereka yang kini terumbang ambing. Dan akhir sekali, Arsenal dilaporkan berminat kepada pemain sasaran Chelsea, Nicolo Barella dan mungkin akan melakukan pembelian mengejut bagi mengelakkan pemain itu menyertai The Blues.