Skip to main content

Rencana

Percaturan siapa lebih menjadi?

190415selangor-jpg.jpg
Selangor gah selaku pasukan paling banyak memenangi Piala Malaysia , dan Pahang juga antara pasukan paling banyak muncul juara selepas Selangor, selain penyandang juara bertahan 2 tahun berturut turut.

Prestasi kedua dua pasukan didalam saingan Liga Super yang konsisten juga menjadi faktor bahawa Selangor dan Pahang adalah antara pasukan terbaik bagi tahun 2015 di saingan domestik.

Namun percaturan siapa yang lebih berbisa setelah terikat seri tanpa jaringan pada separuh akhir pertama?

Seperti yang kita tahu, Selangor bukan lah pasukan pilihan jika dibandingkan dengan Pahang. Namun, prinsip semangat berpasukan yang diterapkan Mehmet Durakovic ternyata berhasil.

Tanpa pemain bintang dan juga nama-nama besar, Selangor masih mampu melangkah sejauh ini.

Bagi Pahang pula, umum sudah tahu tentang kepakaran jurulatih mereka, Zainal Abidin Hassan didalam saingan kalah mati. Ini ditambah dengan kemahiran individu yang dimiliki setiap pemain mereka, juga pengalaman di pentas saingan Piala Malaysia.

Diatas kertas, segala kelebihan terletak di tangan Pahang, tetapi Selangor sudah tentu tidak rela pasukan mereka diratah dilaman sendiri.

Namun persoalanya, percaturan siapa lebih menjadi?

Advertisement

Must Watch Video