Skip to main content

Rencana

Pak Arab naik sheikh, ini semua kebab punya pasal

qatar.jpg
Saingan bola sepak tersohor benua Asia, Kejohanan AFC Piala Asia 2019 sampai ke kemuncaknya!

Puas hati tengok satu demi satu pasukan pilihan tumbang, ini baru bolasepak! Juara perlu dilucutkan, finalis perlu disingkir. Australia selaku juara edisi terdahulu iaitu pada 2015 dan juga finalis tahun yang sama, Korea Selatan ditelan padang pasir bahang berapi.

Kesungguhan serta sikap tidak menghormati lawan jadi kunci kejayaan Iran, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mara ke separuh akhir -- menyingkir si mata sepet dan mat salleh mata biru.

Nyata gabungan kepakaran eropah bila bersatu dengan pak arab, mampu menggoncang dunia. Felix Sanchez berasal dari Barcelona, Sepanyol. Dia tidak pernah bermain pun buat negaranya apatah lagi beraksi untuk kelab terbilang tempat kelahirannya -- Barcelona.

Tetapi kepakaran jurulatih berusia 44 tahun ini rupanya dicurah di Qatar sehingga berjaya menyingkir pasukan pilihan juara, Korea Selatan di suku akhir.

Iran pula bertuah memiliki jurulatih berpengaruh seperti Carloz Queiroz yang dipikat sejak 2011. Tidak perlu penulis ceritakan latar belakangnya, cukuplah dengan maklumat yang anda baca di wikipedia tentang beliau.

Iran meratah China yang dilimpahi kekayaan sehinggakan apa sahaja yang dipinta jurulatih mereka, Marcello Lippi dipenuhi. Namun akhirnya Lippi dipecat selepas China tewas kepada Iran, itulah kuasa hebat yang dimiliki negara Iran - yang masih lagi bergelut dengan kancah peperangan.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) antara pasukan pak arab yang paling mencuri tumpuan! Masakan tidak mereka berjaya menyingkir juara bertahan, Australia, di suku akhir -- hasil adunan jurulatih Itali yang serasi, Alberto Zaccheroni.

Ternyata ia sesuatu yang mengejutkan di kala Soccerroos tidak pernah tewas kepada UAE termasuk di Piala Asia 2015, kini pak arab sudah mula pamer belang.

Itulah akibatnya bila jurulatih Eropah disuap makan kebab!

Yang tinggal sekarang si mata sepet Samurai Biru dan mujur Jepun hanya berdepan Vietnam di suku akhir, itupun menang tipis gol penalti.

Apa pun kesudahan Piala Asia 2019 - negara-negara Asia Barat sudah mula menggoncang Asia dan tidak mustahil mengetuk tembok Eropah pula.
Tunggulah di Piala Dunia 2022 di Qatar nanti, pak arab buat pasaran kebab melambung tinggi!

Kita bila lagi? Tunggu daging salai naik harga!

Advertisement

Must Watch Video