Nama yang meniti di bibir penyokong setia Manchester United waktu ini adalah Ole Gunnar Solskjaer.
Legenda "Super Sub" United yang kini makin berpengaruh sebagai pengurus sementara The Red Devils.
Seperti mana dia menyelamatkan United ketika mereka menjulang Trofi Liga Juara-Juara Eropah edisi 1999, begitu juga yang sedang dilakukan di pasca Era Jose Mourinho.
Malah dia kini sudah menyamai rekod berusia 73 tahun milik pengurus legenda United, Sir Matt Busby dengan memenangi lima perlawanan kompetitif pertama.
Ini susulan kemenangan 2-0 ke atas Reading dalam aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris.
STATISTIK PENGURUS UNITED SELEPAS LIMA AKSI KOMPETITIF
Sir Matt Busby : 5 menang
Solskjaer : 5 Menang
Sir Alex Ferguson : 2 Menang, 2 Seri & 1 Kalah
David Moyes : 3 Menang, 1 Kalah & 1 Seri
Louis Van Gaal : 1 Menang, 2 Seri & 2 Kalah
Jose Mourinho : 4 Menang & 1 Kalah
Bukan lagi rahsia Solskjaer mengidamkan tugasan sementara ini menjadi milik mutlak apabila United memulakan kempen bagi musim 2020/21.
Ini disebalik pengendali Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino kekal sebagai pilihan No.1 The Red Devils menggantikan Mourinho.
Atas dasar itu pertemuan liga antara United dan Spurs pada 13 Januari ini berupaya jadi penentu kepada siapa penerus legasi gemilang yang hilang selepas Sir Alex.
Ole,Ole.... Solskjaer Boleh?