Impian Real Madrid untuk mendapatkan bintang ternama pada musim depan nampaknya semakin cerah kerana Real dikhabarkan memiliki peluang yang besar untuk mendapatkan salah satu bintang Paris Saint Germain (PSG) Neymar atau Kylian Mbappe pada musim panas akan datang.
Dalam laporan terkini, PSG mungkin terpaksa menjual salah satu bintang utama mereka iaitu Kylian Mbappe atau Neymar. Ini kerana UEFA sedang mengkaji penandatanganan dua bintang mereka iaitu Neymar yang dibeli mereka dengan harga £195.8 juta (RM1.3 bilion) dan Mbappe sekitar £158.7 (RM835.3 juta) juta yang dikaitkan dengan piawaian ‘financial fair play’. Sekiranya didapati bersalah, PSG boleh digantung dari Liga Juara-Juara UEFA dan perlu membayar denda £170 (RM894.8 juta) juta di atas dakwaan salah laku pengurusan kewangan.
Seperti yang diketahui, Real Madrid kehilangan Cristiano Ronaldo yang telah berhijrah ke Juventus pada musim panas lalu. Walaupun Real mempunyai ramai lagi bintang termasuk Luka Modric yang baru dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia, namun ia masih tidak cukup untuk mengatasi aura yang ditinggalkan Ronaldo sejak 2009-2018 di Santiago Bernabeu.
Bagi memastikan legasi itu berterusan, Real harus mencari seorang lagi bintang ternama yang mampu membina aura baru dalam pasukan. Kesempatan yang ada tidak seharusnya dilepaskan dikala PSG beranggapan hanya Real sahaja yang paling sesuai menjadi destinasi Neymar atau Mbappe.
Buat Bintang Barcelona, Lionel Messi, pula tidak menyembunyikan perasaan rindu dan gembira jika dapat melihat kembali kelibat Neymar di Barcelona. Neymar adalah sebahagian daripada skuad Barcelona dari tahun 2013 hingga 2017 sebelum beliau memilih untuk membawa diri ke Perancis bagi menyertai Paris Saint-Germain.
Gandingan Neymar dan Messi dari 2013 hingga 2017 telah menyaksikan mereka merangkul LaLiga dan satu trofi Liga Juara-Juara. Ura-ura menyatakan keputusan pemain kelahiran Brazil itu untuk keluar daripada Barcelona adalah kerana ingin lari daripada bayang-bayang Messi.
Kini hanya masa sahaja yang menjadi penentu perpindahan di antara kedua-dua bintang tersebut. PSG mengakui kedua-dua pemain tersebut sememangnya adalah tonggak penting buat pasukan, namun begitu kelab harus membuat pilihan yang sukar dengan melepaskan salah seorang pemain tersebut. Jika dilihat pada keadaan semasa, PSG memberi bayangan untuk mengekalkan Mbappe dan harus merelakan pemergian Neymar ke Real.