Tidak dinafikan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), melanjutkan kontrak Tan Cheng Hoe sehingga Disember 2020 adalah wajar memandangkan dia sudah mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan persatuan itu sebelum ini iaitu mara ke final Piala Suzuki AFF 2018.
Sudah pasti peminat bola sepak tempatan juga lega dengan lanjutan kontrak Cheng Hoe, selepas Harimau Malaya kendaliannya tetap mempamer aksi terpuji di Piala AFF Suzuki lalu meskipun tumbang 3-2 secara agregat kepada Vietnam di pentas akhir.
Kini, sudah pasti Cheng Hoe perlu merangka perancangan terbaik menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 serta Piala AFF Suzuki 2020.
Bagi penulis, sasaran mara ke Piala Asia 2023 wajar dijadikan sasaran utama selain meningkatkan ranking dunia skuad negara, memburu kejuaraan Piala AFF Suzuki 2020 dan mara sejauh yang mampu dalam kelayakan Piala Dunia.
Sudah pasti Cheng Hoe dan tenaga kejurulatihan skuad negara akan terus memantau prestasi pemain dalam saingan Liga M 2019 serta mengenal pasti muka baru yang boleh diketengahkan.
Seperti diakui sendiri Cheng Hoe, perjuangannya bersama skuad negara sememangnya belum selesai dan perjalanan masih jauh untuk kita melihat bekas petahanan kebangsaan ini membawa Harimau Malaya ke aras lebih tinggi.
Penulis menjangkakan Cheng Hoe akan terus mendapat sokongan pihak pengurusan FAM dalam merangka aksi persahabatan antarabangsa serta penganjuran kembali Pestabola Merdeka yang dijadualkan Mac depan.
Penulis berharap, Cheng Hoe akan terus berupaya memastikan Harimau Malaya selepas ini bukan saja berupaya memberi saingan kuat di Piala AFF Suzuki, tetapi juga apabila berdepan negara Asia lain di kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Kekalahan di pentas final Piala AFF Suzuki 2018 seharusnya membuatkan pemain terus dahagakan kejayaan bersama barisan pemain negara untuk tugasan selepas ini dan terus bangkit di pentas antarabangsa.
Sudah pasti juga, pemerhati bola sepak tempatan mahu melihat lebih ramai tonggak muda berpotensi diberi peluang bersama skuad senior selepas Safawi Rasid, Syahmi Safari dan Akhyar Rashid beraksi baik di Piala AFF Suzuki lalu.
Pemain-pemain muda B19 dan B23 seperti Hadi Fayyadh, Nik Akif Syakiran dan Dominic Tan adalah antara bakat muda berpotensi yang boleh digilap Cheng Hoe untuk tugasan senior.
Namun, mereka juga perlu membuktikan kepada Cheng Hoe bahawa mereka sudah bersedia untuk tugasan bersama barisan senior negara.