Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Minggu gagal skuad memanah?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

compound.jpg
Entah di mana silapnya, skuad memanah negara tampak kerdil dalam Sukan SEA edisi kali ini.

Membawa reputasi yang besar dalam saingan Asia Tenggara, namun mereka seakan-akan sukar untuk bersaing merebut kutipan pingat emas, sekali gus memenuhi sasaran lima emas yang ditetapkan.

Lolos tiga acara untuk aksi final, hanya satu sahaja yang berjaya melepasi halangan menerusi emas compound berpasukan lelaki, yang dibarisi Juwaidi Mazuki, Zulfadli Ruslan dan M. Kambeswaran.

Adakah itu cukup untuk menyalamatkan maruah sukan memanah negara yang tercalar?

Bagi Juwaidi, emas trio lelaki negara umpama penawar, namun belum cukup untuk menafikan kegagalan skuad memanah negara sepanjang minggu ini.

"Ia berita gembira tetapi tidak cukup untuk nafi kegagalan edisi kali ini.

"Tindakan segera perlu diperhalusi, semua pihak perlu bertanggungjawab bukan hanya menuding jari kepada atlet semata-mata."

Acara recurve yang mendapat lebih perhatian dari Majlis Sukan Negara (MSN) gagal hadirkan sebarang pingat emas hanya perak menerusi, trio recurve lelaki negara yang tewas kepada Indonesia.

Advertisement

Must Watch Video