Skip to main content

Rencana

Menyentuh bulan

cristiano-ronaldo.jpg
Apabila satu gerakan dalam aksi bola sepak yang menyaksikan lonjakan di udara setinggi 2.6 meter untuk 1.5 saat kemudiannya dinoktahkan dengan jaringan kemenangan, hasilnya menakjubkan.

Malah, kelihatan seolah-olah pemain itu mengalami anti graviti menerusi ulangan semula dalam bentuk gerakan perlahan.

Mungkin keterlaluan untuk saya menyifatkan gerakan ini sebagai menyentuh bulan, tetapi ini pada saya paling hampir menggambarkan kehebatan Cristiano Ronaldo dalam bentuk kata-kata.

https://www.youtube.com/watch?v=AunImole9HI

Pada usia 34 tahun, lazimnya pemain bola sepak berstatus bintang sudah menikmati pra persaraan dalam liga yang lebih santai seperti MLS di Amerika Syarikat.

Tetapi tidak Ronaldo yang masih dahagakan kejayaan elit dunia bersama Juventus yang mendapatkan khidmat dia untuk meneruskan dominasi di Serie A dan mencari 
penghujung kemarau gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Berbalik kepada topik asal.......

Ketinggian lonjakan tersebut lebih sinonim dengan gerakan Slam Dunk yang sering menjadi sumber keterujaan buat peminat bola keranjang seperti di NBA sekali gus membuktikan betapa luar biasanya fizikal semula jadi Ronaldo.

Untuk pihak neutral, ini satu nikmat dalam dunia bola sepak dan untuk mereka yang berada dalam #teamronaldo, ini satu kemenangan ke atas mereka yang mendukung #teammessi.

Advertisement

Must Watch Video