Penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain, kini dikhabarkan sudah hampir pasti berkelana ke England untuk menyertai Chelsea di jendela perpindahan terbaru. Kelab asal Higuain, Juventus, bersetuju untuk berkerjasama dengan Chelsea walaupun kelab sementaranya AC Milan masih belum secara rasmi melepaskannya kerana masih terkial-kial mencari pemain lain sebagai pengganti.
Mengikut jadual, pemain berusia 31 tahun yang berasal dari Argentina itu, bakal diperkenalkan sebagai pemain terbaru The Blues pada Isnin (20/1/2019). Higuain akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dia diperkenalkan kepada umum. Ini bermakna beliau akan sekali lagi bergandingan dengan mantan pengurusnya Maurizio Sarri yang sebelum ini bersama-sama dalam pasukan Napoli. Semasa di bawah kendalian Sarri, Higuain muncul sebagai penjaring terbanyak di saingan Liga Itali (Serie A) pada musim 2015/2016 dengan menghasilkan 36 gol daripada 35 penampilannya.
Dalam satu kenyataan lain, Sarri juga berkata beliau masih yakin dengan keupayaan Higuain walaupun penampilannya di Juventus dan AC Milan kurang menyerlah.
Higuain didatangkan ke Stamford Bridge dalam status pinjaman selama enam bulan, namun begitu kelab asal England itu mempunyai pilihan untuk memanjangkan masa pinjaman selama setahun sekiranya dia dapat mempamerkan mutu permainan memberangsangkan di pusingan kedua Liga Inggeris itu nanti.
Sudah pasti slot di bahagian serangan bakal menjadi miliknya kerana Alvaro Morata dikhabarkan akan menuju ke Atletico Madrid selain Olivier Giroud yang lebih banyak duduk di bangku simpanan.
Akhir-akhir ini Morata dan Giroud gagal menunjukkan prestasi konsisten sebagai ‘targetman’ di bahagian hadapan. Hal ini menyebabkan pengurusan Chelsea terpaksa mengambil langkah proaktif dan begitu bernafsu mendapatkan Higuain dari AC Milan.