Pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer, berjaya mengembalikan rentak terbaik Manchester United selepas Jose Mourinho dipecat dengan permainan yang lebih terarah kepada aspek menyerang dan menghiburkan.
Dengan tujuh kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Piala FA, Paul Pogba berada di tahap terbaik dengan meledak lima jaringan dalam enam perlawanan, harapan untuk mengakhiri saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik mula terpancar buat The Red Devils.
Di sebalik dominasi permainan yang dipamerkan oleh United, mustahil untuk menganggap tiada ruang yang perlu diperbaiki dalam pasukan ini.
Kesilapan yang dipamerkan Eric Bailly pada penghujung permainan ketika mengatasi Bournemouth di Old Trafford harus menjadi peringatan bahawa barisan pertahanan United masih lagi perlu dipertingkat.
Mourinho berang apabila beliau acap kali gagal mendapatkan pertahanan sasaran dalam jendela perpindahan musim panas dan menganggap sukar buat United menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik.
"Pertahanan United masih belum ampuh untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL)," kata Gary Neville.
Penilaian Neville tidak salah. United bolos 33 gol dalam 23 perlawanan setakat ini.
Menyelesaikan masalah pertahanan United harus menjadi keutamaan Solskjaer sebelum tamat jendela perpindahan musim sejuk dan ia akan membantu pasukan dalam persaingan takhta liga, malah buat baki saingan dalam kejohanan yang masih disertai United.
Dengan aksi konsisten yang sukar dipamerkan Bailly dan Marcus Rojo membimbangkan penyokong, kehadiran Matthijs de Ligt mampu menjadi jawapan kepada masalah dihadapi United ketika ini.
Seorang pemimpin yang semula jadi, De Ligt memakai lilitan kapten pada usia 18 tahun. Dia pertahanan tengah muda yang memiliki kualiti yang sangat diperlukan oleh Manchester United.
Tinggi dan pantas, dia mampu menutup ruang dengan baik, malah seorang yang bijak membaca corak permainan.
Sejak dua musim lalu, pemain berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi konsisten untuk seorang pemain yang masih muda.
Persoalannya, mampukan dia mengekalkan persembahan yang sama bersama kelab yang lebih besar?
Ajax telah memberikan petanda mereka sedia menerima tawaran pada penghujung musim nanti.
Dengan persaingan daripada beberapa kelab yang mahu menandatangani bintang muda itu, United perlu pantas mendapatkan tandatangannya.