Skip to main content

Rencana

Malaysia? Pusingan kedua

bazly.jpg
Bukan semua pasukan mampu beraksi dalam Piala Dunia.

Hanya 16 negara terbaik layak, peningkatan empat pasukan berbanding edisi 2014 di The Hague, Belanda, yang menyaksikan Malaysia menamatkan cabaran di tangga tercorot.

Saya bertugas di The Hague dan menyaksikan betapa jauh kualiti pemain negara berbanding negara lain, terutama Australia yang muncul juara ketika itu.

Fokus terhadap penampilan kelapan di Bhubaneswar, India.

Roelant Oltmans berdepan membentuk semula The Malaysian Hockey Tigers dalam tempoh dua bulan. Tetapi, tugas kali ini dianggap misi mutahil kerana Malaysia diundi dalam kumpulan maut bersama Belanda (ranking keempat dunia), Pakistan (13) dan Jerman (keenam).

Antara tiga lawan Kumpulan D, peluang terbaik Malaysia ialah menewaskan Pakistan untuk ke pusingan kedua.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menetapkan format baru dan hanya tiga pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke pusingan kedua. 

Pasukan tercorot kumpulan akan tamat cabaran tanpa melalui perlawanan klasifikasi.

Perlu diingatkan, Pakistan sudah dua kali menewaskan Malaysia tahun ini, iaitu dalam Sukan Asia dan Trofi Juara-Juara Asia.

Namun, saya yakin, Sukri Mutalib dan rakan-rakan akan menang ke atas Pakistan, Rabu ini.

Pusingan kedua nanti, Malaysia akan berdepan tuan rumah, India.

Setiap pasukan memiliki "badi" dan Malaysia sentiasa menghantui India. Paling diingati, kejayaan menumbangkan ranking kelima dunia itu dalam separuh akhir Sukan Asia sebelum Malaysia tumbang di tangan Jepun dalam final.

Cuma, India hebat di tempat sendiri.

Mereka sudah biasa beraksi di Stadium Kalinga yang mampu memuatkan 15,000 tempat duduk selain prestasi pemain diketuai Manpreet Singh yang dilihat lebih mantap sejak menjuarai Trofi Juara-Juara Asia.

Andai kedua-dua pasukan ini bertemu pada pusingan kedua, saya pilih India.

Selamat berjuang untuk Malaysia yang akan buat penampilan kelapan Piala Dunia. 

Sasaran pusingan kedua tidak mustahil.

Pasukan yang akan cipta kejutan? Saya pilih Perancis.

Advertisement

Must Watch Video