Kejohanan remaja terbesar di Asia dengan 610 penyertaan ini juga menampilkan pemain Australia, England, Colombia, Iran dan negara-negara lain.

Pemain remaja kebangsaan, Andrea Lee dari Kuala Lumpur merangkul kejuaraan kali ke 4 berturut-turut dalam kategori perempuan bawah 19 tahun. Walaubagaimanapun, Andrea yang hampir tewas setelah ketinggalan 6-10 di game ke 5 menentang Satomi Watanabe dari Jepun, gagah bangkit untuk menang 12-10.

Namun, Ryunosuke Tsukue mengubati kekecewaan kem Jepun apabila agak mudah menundukkan pilihan utama Sajad Zareian dari Iran 13-11, 11-9, 11-3 untuk menjuarai kategori lelaki bawah 19 tahun.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Squash Racquets Association of Federal Territory (SRAFT) pada 1-6 Disember lalu, membuka peluang kepada bakat muda negara menunjukkan kebolehan mereka.

Antaranya Eugene Heng yang menggondol piala utama buat kali pertama setelah mengejutkan pilihan pertama dari Iran, Alireza Shameli 8-11, 11-8, 11-2, 9-11, 13-11. Kedua-dua pemain ini bertungkus-lumus bagi kejuaraan bawah 17 tahun melihatkan Alireza selesa meninggalkan Eugune 10-8 di game ke 5.

Dengan kekuatan mental dan semangat kental, pemain muda negara ini bangkit dengan bermain rali panjang sehingga memaksa pihak lawan melakukan kesilapan mudah. Keputusan terbaik Eugene setelah hanya mendapat tempat ke 2 kategori 13 tahun pada tahun 2007.

Penaja utama, REDtone International Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Lau Bik Soon menyatakan pandangan positif dan berpuas hati dengan pencapaian para pemain Malaysia serta tahap penganjuran SRAFT yang sungguh profesional.

Dengan harapan, kejohanan sebegini terus mencungkil bakat-bakat muda Malaysia yang turut gemilang apabila sampai ke peringkat senior.


KEPUTUSAN: (Peringkat akhir)

Lelaki Bawah 9 tahun: Abdul Fahmi Abu Basir (Mas) bt Kuhen Ravendran (Mas) 11-3, 11-3, 11-6.

Perempuan Bawah 9 tahun: Sashmini Chandran (Mas) bt Parmin Nekopaelan (Iran) 111-4, 11-1, 11-5.

Lelaki Bawah 11 tahun: Muhammad Huizafah Ibrahim (Pak) bt Levinesh Prakash (Mas) 12-10, 11-5, 11-9.



Perempuan Bawah 11 tahun: Sehveetrraa Kumar (Mas) bt Nur Maisara Mohd Azlan Shah (Mas) 11-4, 11-5, 11-5.

Lelaki Bawah 13 tahun: Muhammad Amir Amirul Azhar (Mas) bt Mohammad Danial Gharouni (Iran) 11-3, 12-10, 11-8.

Perempuan Bawah 13 tahun: Wong Heng Wai (Mas) bt Kiroshanna Manoharan (Mas) 11-6, 11-5, 11-7.

Lelaki Bawah 15 tahun: Danial Nurhaqiem Shahrul Izham (Mas) bt Muhammad Hafiz Zhafri Abdul Harif (Mas) 11-6, 6-11, 11-4, 5-11,11-5.

Perempuan Bawah 15 tahun: Jessica Keng Jia Hui (Mas) bt Nurul Izzah Abdul Razak (Mas) 11-8, 11-8, 11-7.

Lelaki Bawah 17 tahun: Eugene Heng Jeng Li (Mas) bt Alireza Shameli 8-11, 11-8, 11-2, 9-11, 13-11.

Perempuan Bawah 17 tahun: Aifa Azman (Mas) bt Nur Aliah Izzati Muhammad Anis (Mas) 11-6, 12-10, 11-3

Lelaki Bawah 19 tahun: Ryunosuke Tsukue (Jpn) bt Sajad Zareian (Iran) 13-11, 11-9, 11-3.

Perempuan Bawah 19 tahun Andrea lee Jia Qi (Mas) bt Satomi Watanabe (Jpn) 11-8, 5-11, 6-11, 11-4, 12-10.