Andai Tottenham Hotspur berjaya menumbangkan Manchester United dalam aksi liga di Old Trafford, sudah pasti banyak pihak akan kembali mempertikaikan keputusan pihak pengurusan memecat Jose Mourinho dan menggantinya dengan Ole Gunnar Solskjaer.
Namun, sebaliknya yang berlaku apabila dua gol menerusi penyerang muda, Marcus Rashford, sudah cukup menghadiahkan tiga mata yang amat penting.
Kerana kemenangan ke atas Tottenham Hotspur secara tidak langsung kembali menghidupkan peluang mereka untuk bersaing dalam liga, selain turut menyelamatkan Solskjaer di kedudukan kerusi panas. United dilihat cukup bertenaga dalam pertemuan ini dan hal ini amat disenangi peminat setia mereka.
Mourinho yang menerima sambutan meriah di Old Trafford turut berpendapat United adalah pasukan yang lebih layak untuk menang dalam perlawanan ini.
Beliau menegaskan benteng Spurs tidak beraksi baik dalam 30 minit pertama dan ianya berjaya dimanfaatkan pemain serangan The Red Devils.
Beliau turut menegaskan yang United amat selesa menentang pasukan-pasukan besar dan ini dibuktikan sewaktu mereka berdepan Chelsea, Liverpool dan Leicester City.
Ada benarnya apa yang diperkatakan Mourinho itu memandangkan United seri dua perlawanan terakhir menentang Sheffield United dan Aston Villa dan mereka berjaya bangkit dengan kemenangan berdepan Spurs. Moral sepasukan dilihat turut meningkat dan ini merupakan situasi yang amat baik kerana mereka akan berdepan satu lagi pasukan besar, The Citizens, Ahad ini.
Fokus Solskjaer dan anak-anak buahnya kini tentunya pertemuan pada Ahad ini apabila bakal ke Stadium Etihad berdepan musuh setempat, Manchester City. Skuad kendalian Pep Guardiola turut cemerlang menumbangkan Burnley 4-1 dalam perlawanan terakhir mereka dan dijangka, pertemuan ini akan menjanjikan saingan yang sengit.
Kepada The Special One, maaf kerana United telah mencalarkan rekod kemenangan anda bersama Spurs dan semoga berjaya berdepan sebuah lagi bekas pasukannya iaitu Chelsea yang dibimbing Frank Lampard pada 23 Disember nanti.