Saya menerima beberapa aduan mengenai tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membuka semula proses tender untuk memilih penganjur Le Tour de Langkawi (LTDL) 2019.
Sama ada kebimbangan sikap berat sebelah kerana sebuah syarikat tiba-tiba tampil membida atau soal kesuntukan masa untuk menjaga reputasi besar perlumbaan basikal kelas hors itu.
Khabarnya, dua syarikat disenarai pendek, namun muncul pemberi maklumat yang mendedahkan kelemahan penganjuran mereka dalam edisi lalu.
"Ada syarikat yang tidak membayar yuran penampilan pasukan bertaraf Pro Tour. Ada juga yang tidak melunaskan hutang kepada kontraktor selepas semua kerja diselesaikan.
"Masalah ini berlarutan sejak 2016 lagi," katanya.
Antara dokumen yang saya miliki, ada syarikat yang disenarai pendek masih berhutang RM339,581 tetapi berada dalam senarai pendek sebagai penganjur LTDL 2019. Soalnya, adakah KBS sedar mengenai isu ini?
Apakah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) beri maklumat tepat kepada ketua setiausaha KBS?
Saya tidak mempunyai apa-apa agenda.
Jika ditugaskan untuk membuat liputan, saya akan melaksanakan tugas saya. Apa yang saya mahu hanyalah penganjuran lancar dan pasukan bertanding pulang ke negara masing-masing dengan kepuasaan menyertai LTDL 2019.
Jadi KBS dan PKBM, buat pilihan yang tepat OK!