Skip to main content

Rencana

Lima dalang pemecatan Ancelotti

carlo-ancelotti.jpg
Pemecatan Carlo Ancelotti pada awal musim 2017-18 ternyata memberikan kejutan kepada ramai pihak walaupun Bayern Munich menghadapi masalah di sebalik tabir sejak kebelakangan ini dan presiden kelab, Uli Hoeness, mendedahkan kepada mirror.co.uk bahawa terdapat lima pemain yang terlibat di sebalik pemecatan pengendali kelahiran Itali itu.

Arjen Robben

Tiada siapa yang meragui bahawa pemain sayap Belanda itu tidak memiliki hubungan yang baik dengan Ancelotti.

Sejak musim lalu, terdapat beberapa salah faham yang berlaku, termasuk ketika Bayern tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Selepas perlawanan, Robben ditanya adakah Ancelotti menerima sokongan daripada dirinya dan rakan sepasukan yang lain, dan Robben memberitahu: "Saya tidak akan menjawab soalan tersebut".

Bekas penyerang Real Madrid itu merupakan antara pemain berpengalaman dan seorang yang berpengaruh dalam bilik persalinan The Bavarians.
Insert video
Franck Ribery

Sistem pertukaran pemain yang diterapkan oleh Ancelotti ternyata tidak disetujui oleh Ribery sehingga hubungan gagal diperbaiki.

Berbanding Robben, pengendali dari Itali itu memilih untuk mengetepikan pemain sayap Perancis itu atau menggantikannya pada awal separuh masa kedua.
Thomas Muller

Antara pemain yang mengalami penurunan prestasi ketika Ancelotti mengendalikan Bayern adalah Muller dengan reputasinya sebagai antara penyerang elit di Eropah.

Muller menyinar ketika di bawah pimpinan Louis van Gaal sebelum berjaya mencari identitinya sendiri ketika pasukan diambil alih oleh Pep Guardiola.

Namun, sejak bekas pengendali AC Milan itu berhijrah ke Allianz Arena, prestasi Muller seakan-akan semakin kelam.

Antara alasannya ialah kekurangan waktu bermain dan pemain kebangsaan Jerman itu turut menyatakan, "Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang dimahukan beliau".

Jerome Boateng

Pertahanan kebangsaan Jerman ini merupakan salah seorang pemain yang tidak diturunkan ketika berdepan PSG.

Ancelotti mengesahkan selepas perlawanan bahawa beliau tidak menyesal mengetepikan bekas pertahanan Manchester City itu daripada perlawanan berkenaan.

Mats Hummels

Antara pertahanan senior di dalam pasukan, dia  turut tidak beraksi ketika bertemu PSG.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu mempersoalkan taktikal yang cuba diketengahkan oleh Ancelotti ketika tewas mengejut kepada Hoffenheim 2-0. 

Advertisement

Must Watch Video