Skip to main content

Rencana

Kota Cinta Jadi Saksi, Guru Ini Bukan Beshe Beshe

shahmalarani-c-karate.jpg
Pada awal bulan April, C Shahmalarani berjaya menempatkan diri sebaris dengan atlet terbaik dunia dalam kelompok lapan terbaik menerusi siri pertama Kejohanan K-One Premier League di Paris.

Sejujurnya, perkara itu “biasa” sahaja kerana umum mengetahui kemampuan Ratu Karate negara itu yang pernah mempertahankan pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 dalam aksi Kumite Bawah 50kg.

Namun apa yang lebih “luarbiasa” tentang dirinya adalah C Shamalarani juga merupakan seorang pendidik!

Walaupun dilabel sebagai Ratu Karate negara atas sumbangan dan pencapaiannya bersama kem karate negara, Shamalarani tetap merendah diri dan menyatakan tugasannya sebagai guru sedikit sebanyak membantu persembahannya sebagai atlit tempur.

"Ketika saya mengajar, sebenarnya lebih banyak yang saya belajar. 
"Ketika menurunkan ilmu, saya lebih mendalami sesuatu konsep itu; apa yang perlu diubah-suai dan diperbaiki bagi menghadapi kejohanan di Kaherah.

"Tidak kira menang atau kalah, saya perlu terus merendah diri dan beranggapan cabaran seterusnya masih ada lagi," katanya.

Shamalarari bakal berlepas ke Kaherah, Mesir, untuk siri ketiga Kejohanan K-One Premier League.

Advertisement

Must Watch Video